BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PuTeRi NiEnA ErRyNa

PuTeRi NiEnA ErRyNa

Wednesday 15 June 2011

CERPEN-AnDaI bEgInI tAkDiR cInTa



"Andai aq boleh memutarkan waktu kembali..xkan aq lepaskan kau syg...",detik hati Alysa yang sedang termenung jauh.permandangan gunung yang berada di depannya itu membuatkan jiwa yang selalu bergelora itu menjadi tenang setenag air di laut.Alysa bingung dengan keputusannya sendiri yang memutuskan hubungannya dengan Adam.bukan kerana alysa ada kekasih lain tapi dy telah patah semangat dan tidak mahu membebankan sesiapa kerana penyakit yang dihidapnya."alysa,saya sarankan awak harus menjalani pembedahan itu.Itulah satu-satunya jalan yang boleh membantu awak.Lubang jantung awak sudah semakin besar.Nyawa awak terancam sekarang.",terang dokter Haikal kepada ALysa.Alysa disahkan menghidap penyakit Jantung Berlubang.tidak ada seorang pun yang tahu meskipun sahabat baiknya Syarina dan ahli keluarganya.


Adam yang sehingga kini tiada khabar berita semenjak Alysa memutuskan hubungan mereka cuma kadang kala Alysa hanya melihat facebooknya saja."adam,Lysa rindu adam...adam kat mana?",sayu Alysa melihat gambar Adam.Alysa semakin hari semakin lemah tetapi di depan Syarina rakan serumah dan merupakan sahabat baiknya itu dia berpura2 sihat,ceria agar tidak diketahui."ehem,termenung jauh nampak?mmm....rindu Adam ke Lysa?",teguran Syarina membuatkan Lysa terbangun daru lamunan."erm?hmmm,aq rindu Adam sangat2 Rina..aq rindu dia..kalau lah aq xmulakan dulu..mesti aq xmenyesal kan?bodohkan aq?",katanya sambil airmatanya jatuh berderaian."ish,jangan la menangis Lysa...Lysa,sebenarnya apa masalah kau dengan Adam sampai korang putus ni?cer citer sikit? mana tau aq boleh tolong?herm?",sambil mengesat airmata Lysa.


"tak pe lah Rina,suatu hari nanti kau akan tau kenapa aq terpaksa putuskan hubungan kami.meskipun ni semua perit sangat.bukan saja2 aq putuskan.ini untuk kebaikan dia jugak.",jelas Alysa."Kalau macam tu tak pe lah..aq cuma risau kat kau ni..semakin hari aq perasan kau banyak berubah..pucat,selalu tak sihat.hem?kenape?kau sakit ke apa ni?",pertanyaan Rina dibalas dengan senyum tawar Lysa.Lysa berlalu masuk ke dalam kamarnya."Lysa,Lysa!hmmm",Rina berdengus melihat karenah Lysa.Rina membuka facebooknya dan matanya terpandang nickname "MUHAMMAD ADAM SAPUTRA"."Adam?hmmm baik aq try IM dia",di kliknya nama Adam."assalamualaikum Adam"."walaikumsalam Syarina :) ..apa kabar?sihat?",balas Adam.
"alhamdulillah sihat..Adam sihat?lama tak dengar kabar?",tanya Syarina."sihat je..maklumlah Adam buzy la..banyak kerja.Rina,Alysa apa kabar?",tanya Adam dengan penuh harapan.


"lysa kurang sihat la Adam.semakin hari Rina tengok dia makin pucat.termenung sana,termenung sini.Adam,Lysa sebenarnya sayang adam.Lysa cintakan Adam lagi.Lysa tak bermaksud pun nak putuskan Adam.hari2 gambar Adam dia peluk."jelas Syarina pada Adam."ye ke?Adam pun sayang dia jugak.Adam tak pernah ada pengganti Lysa.Adam nak Lysa.Adam tak paham apa sebenarnya yang buat Lysa putuskan Adam.Rina boleh tolong Adam tak?",tanya Adam."memang Rina nak tolong korang berdua ni...tapi Rina tak tau nak buat apa.Adam nak Rina tolong apa?",tanya Rina."tolong cari tau kenapa dia buat macam tu.mesti ada yang tak kena.tolong ye?Adam cuma ada Rina je untuk tolong Adam.kalau dia sudi suruh la dia text Adam",balas Adam."owh,okey2..bereh la.Adam jangan risau k.Rina boleh tolong",balas Rina.


Syarina ambil keptusan untuk cari tau tentang Lysa.Apa yang menyebabkan Lysa berubah tingkah laku.Lysa yang dikenali semenjak zaman sekolah dulu telah berubah.Alysa  bertugas di pejabat SETH ENTERPRISE sebagai kerani sekali dengan Syarina.Semakin hari Alysa semakin cepat penat dan selalu sakit apabila pulang kerja.Di kamar Alysa terbatuk2 dan didengari oleh Syarina.Syarina bergegas ke bilik Alysa"Lysa?kenapa ni?ha?kau demam ke?batuk2 ni?",sambil pegang badan Lysa sama ada panas atau sejuk."tak de pape lah..aq batuk je.biasa la habuk tadi.",jelas Lysa."kau cakap betul2 Lysa!muka kau pucat sangat ni.kita pergi jumpa dokter k?",nasihat Syarina."eh tak nak lah.aq ok la.",elak Lysa."hmm ye lah tapi kalau ada apa2 nanti bagitau aq k??",risau Syarina.Lysa bangun dari katil hendak ke cermin make up nya tiba2 dia batuk berdarah dan darah itu terpecik ke baju Syarina.Syarina yang tergamam melihat Lysa lantas bangun."Lysa??!!ya allah,,",pegang Lysa.Dengan suara lemah"Rina,aq...."tidak sempat menghabiskan kata2 Lysa rebah dalam pangkuan Syarina."lysa???!!!ya allah,,Lysa!Lysa!",jerit Syarina.


Alysa dibawa ke Hospital dengan menaiki ambulance ditemani Syarina."Lysa,kau sakit apa ni?ya allah.selamatkan kawan aq...Lysa!Lysa!",sambil airmata berderaian.Sampai saja dihospital Alysa dimasukkan ke Unit Rwatan Rapi(ICU)."Cik sila tunggu d luar ye.",kata jururawat yang bertugas.Syarina masih dalam keadaan terkejut melihat kejadian yang tidak disangkanya.Syarina terus menghubungi keluarga Alysa dan Adam dan memberitahu kejadian yang sebenarnya.Selepas 2jam setengah kemudian keluarga Alysa sampai.mereka meminta Syarina menceritakan hal sebenar.Syarina beritahu apa yang dia tahu sahaja.suasana menjadi tegang seketika.


Dokter keluar dari bilik ICU dan serta merta mereka bertanya tentang Alysa."mak cik,pakcik,Alysa sekarang kritikal sangat.sudah terlambat.kami tak boleh buat apa2 cuma berserah pada tuhan sahaja."terang dokter.Syarina dan keluarga Alysa terkejut dengan apa yang diperkatakan dokter."dokter,apa sebenarnya penyakit Alysa?saya tak pernah tau dia sakit!",tanya Syarina.Reaksi keluarga Alysa penuh dengan tanda tanya."Alysa menghidap jantung berlubang dan kini dia berada dalam keadaan tenat.kalau dia buat rawatan susulan dari awal..nyawanya boleh diselamatkan.",terang dokter."maksud dokter?",tanya ibu Alysa."maksud sy..Alysa..sekarang....",dokter tidak sampai hati untuk berterus terang."maksud dokter Lysa menunggu masa untukk???",tanya bapa Alysa.Dokter hanya mengangguk dan berlalu dari situ.


Terduduk semuanya apabila mendapat kenyataan yang Alysa akan pergi meninggalkan mereka buat selamanya.sekarang Alysa tidak sedar kerana dibius dokter dan berada dalam wad ICU.mereka hanya menunggu Alysa sedar.beberapa jam kemudian Adam sampai dan masuk bilik ICU lalu bersalaman dengan orang tua Alysa.Adam memandang sayu tubuh Alysa yang terbaring dengan keadaan yang tidak sanggup.Adam mengusap rambut orang sangat dia cintai denga penuh kasih sayang sambil airmata yang berderaian."Lysa,kenapa tak cakap dengan Adam yang Lysa sakit?kenapa putuskan hubungan kita?",Bapa Lysa memegang bahu Adam dan memeluk Adam.2hari berlalu akhirnya Lysa membuka mata tetapi dengan pandangan yang kabur dia menatap seorang demi seorang yang ada di sampingnya itu.Dia melihat ibu bapanya,Syarina menangis teresak2.Akhir sekali dia terpandang seseorang yang amat dicintainya..seseorang yang amat dirinduinya selama ini..dengan suara yang lemah"Adam!maafkan Lysa!Lysa","shhh,jangan banyak bercakap syg.Lysa,Adam dah tau kenapa Lysa wat macam ni.Lysa,Adam syg Lysa.Adam akan bersama Lysa dalam apa jua keadan skalipun.Tak perlu berahsia syg.Mana janji kita syg.ha?",kata Adam dengan suara sayu."Mak,ayah,Rina,Lysa mintak maaf sebab rahsiakan perkara ni.Lysa tak nak semua orang risau tentang Lysa.Lysa dah nak pergi.Mak,Ayah,ampunkanlah segala dosa lysa jika Lysa pernah melukakan mak dan ayah.Halalkan makan minum Lysa ye.Rina,maafkan aq kalau selama kita bersahabat,aq ada melukakan hati kau.kau kawan terbaik aq dunia akhirat.Adam,sebelum Lysa pergi jauh,Lysa nak dengar dari mulut Adam yang Adam cintakan Lysa.",satu patah perkataan yang dikeluarkan dari mulut Alysa.Suasana tegang diringi dengan suara tangisan."Lysa,apa kau buat ni?kau tak sayang kami ke?Lysa,jangan pergi Lysa!aq sayang kau!macam mana aq nak hidup tak ada kau.Lysa!",teresak2 Syarina."kami sayang Lysa nak!ayah ngan mak sayang Lysa!"kata ayah Lysa sambil teresak menangis."Lysa,Adam Cintakan Lysa!MUHAMMAD ADAM SAPUTRA CINTAKAN PUTERI ALYSA KAISARA!jangan tinggalkan Adam Lysa!"kata Adam tersedu sedan.Sebaik saja Adam menghabiskan kata2nya Lysa senyum lalu memejamkan mata.ECG yang terpasang menunjukkan garisan lurus dan Lysa tidak bernyawa lagi.Pergilah seorang kekasih,sahabat dan seorang anak dari dunia fana ini."YA allah,andai ini takdirnya cinta kau berikan kepada aq,kenapa tidak aq pergi bersama Lysa.",kata Adam sambil memandang langit."LYSA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!",Teriak Adam.

0 ulasan: